Jumaat, 15 April 2016

Cerita budak sekolah

     Assalamualaikum,



   Rasa macam ralat bila lihat wallpaper lappy.Masa tu,lain dan hari ni lain.Sapo la tukar!Tapi okeyla.Hihihihihih.Lamanya tak buka internet.Rasa tak biasa pulak sentuh keyboard laptop ni.
Berbalik entri yang ditulis,saya nak kongsikan cerita budak sekolah.Berbelitnya ayat.Sorry ya!!

   Lepas cuti bulan Mac,aktiviti sekolah memang wow,saya suka.Kelas tambahan dan terpilih masuk kelas malam,Alhamdulillah.Jadi,masa memang padat.Gi sekolah pukul 7 lebih dan balik pukul 5 petang.Malam pulak pukul 8.15.Kita sebagai pelajar kena belajarlah.Kadang-kadang happy sebab boleh jumpa friends sokmo.HUHU.Beginilah cerita seorang budak sekolah.

  Ada lagilah,
Ni cerita lain pulak.Minggu lepas,gi rumah sorang kawan lepas balik sekolah.Kebetulan tak ada kelas tambahan,Aku gi dengan hana.Ma hanalah yang hantar kami.Kami gi terus after school.BERBaju sekolah la.Sampai rumah ainin,kami bual2 tanya khabar.Lama duk situ.Hari tu,ma hana tak boleh ambil,jadi hana mengambil keputusan untuk naik bas awam.Apatah lagi,aku setujulah.Nak try tunggu bas.Aku dengan hana jalan untuk ke jalan besar dengan jarak berapa ahh?Tak tahulah.Nak kata dekat tak jugak,nak kata jauh tidakla pulak.Sederhana boleh tak?Kami pun lintas jalan.Ada perhentian bas tapi ada dua orang laki a.k.a to be a pilot kot yang duduk kat situ.Sebabnya pakai pakaian yang segakla.hahhahhah>>>Tambahan pula,kawasan tu ada academy training.Tak tahu nama gapo.Tak der masa nak cari.Kami berdua berdiri dihadapan kedai runcit jerr la.Tak apa teduh.OK.hana nampak public phone,jadi aku dan dia nak g tengok.MasyaAllah,ada kereta halang telefon tuh.Aku fikir public phone tuh rosak.Rasa malas nak gi depan kedai tu semula,jadi aku nga hana tunggu tepi lori.Ya Allah,tunggu dari jam 4.30 petang,akhirnya bas lalu jam 5 petang.Rasa bahagialah hati dan syukur sangat.Tahanlah bas dengan tangan.First time kot.Selama ni tunggu di stesen jah.Naik bas pulak,driver tanya banyak soalan pulak.Pakat jawab dengan hana.Sabar.Tapi ni cerita budak sekolah jugak kan,

  Yang ketiga pulak,
Lepas balik tuisyen,abah ambil aku di tuisyen,Abah kata nak gi ambil adik aku dekat sebuah hotel ni sebab dia masuk S.I.R.Cikgu dia suruh.Sampai sana,aku tanya sorang budak ni,mana tempat orang buat SIR.Dia kata tingkat 6.Tingkat 6,kejut aku.Aku nga ma aku pun gi naik dengan lif.Setibanya di tingkat 6,ramainya pelajar.Nampak sahabat2 masa sekolah rendah dulu dan sekolah sendiri.Dalam fikiran aku,'Ya Allah ramai lagi pelajar yang sama batch dengan aku',rasa ramai pesaing la pula.Tengok muka sorang2 mature belako.Aku???Kadang2 rasa beruntung jerr orang hok sekolah elit.Dahlah pakai segak dan kemas. Tapi sekolah aku terbaik dalam terbaik jugak.Tenang hati.Kena usaha banyak dan berdoa kepada Allah.My school is the best.Syukur.Cerita budak sekolah yang baru tahu banyak lagi challenges.Buat terbaik wahai Amalin.Jangan hampa hati ibu bapa.Abah sanggup hantar dan ambil kita sekolah.Berilah kejayaan kepada mereka.

Sekian,
setakat ini saja entri saya pada kali ini.Insya'Allah,kalu ada masa dan cerita yang berguna,saya akan ceritakan kepada korang.Maaf kalau entri saya buat anda terasa dan tak suka.Saya tak pandai bercerita sangat.Harap maklum yerr,Saya akan baiki penceritaan saya kepada yang lebih superr lagi tau.

Wahai sahabat,
Sabar itu separuh dari iman.
Sabar itu indah.

                                                          By:Aml